21 November 2022

 Isnin

Kehadiran hari ini sangat tidak memberangsangkan.

Pasca pilihan raya. Mungkin ada ibubapa yang mengharapkan cuti umum, tetapi kerajaan/kabinet Malaysia yang baharu belum tertubuh. Mungkin juga ibu bapa tersangkut di dalam kesesakan lalulintas. Almaklumlah pilihanRAYA!


Kelas seawal pagi dan ada melakukan rondaan mendapati beberapa penyapu dan penyodok kelas berada di tempat yang tidak sepatutnya. Sempat pulangkan penyapu dan penyodok untuk kelas tahun 3 dan tahun 4.

Selepas rehat, ada dua murid mengadu mereka sakit perut selepas makan nuget yang dibeli di kantin. Tindakan yang dilakukan, 

(a) murid diberi balm untuk disapu sendiri , siasat punca sakit perut & menasihati murid supaya lebih peka dengan makanan yang diambik

(b) akan maklumkan kepada pengusaha kantin.

Selepas rehat ada kelas moral, kehadiran hanya 2/4 orang. Adudududu. Nasibbbb.

Hari ini baru perasan capaian APDM seawal jam 8 pagi sangat laju.n Kebetulan kehadiran sangat sedikit, guru terus update semasa perhimpunan. PK HEM pun berjaya la key in kan. Senang la pula pagi2 ya.

Teringat minggu lepas cam nak menjerit PK Hem asyik2 ter log out.

Lepas ni nak kena kenjan cikgu2 la pagi2 utuk update kehadiran.



Comments

Popular Posts