Selamat Datang ke Blog PK HEM!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah hari ini, tergerak hati nak buat blog baharu.

Bukan apa, sejak bertukar portfolio ini, perlu ada catatan harian, apa yang PK HEM lakukan selain dari masuk kelas ya. Hihihi.

Gambar hari pertama jejak kaki ke SKDJ2, terima kasih Cikgu Tim.

Baiklah, sedikit catatan tentang hari menerima perkhabaran, sehingga hari menerima surat dan hari pertama menjejakkan kaki ke SK Damansara Jaya 2.

Pada petang Rabu 5 October, kami geng Pengakap Petaling Utama sedang bermesyuarat sambil buat lawatan tapak kali kedua ke SK Sri Damai. Ini adalah bagi proses melancarkan perjalanan satu kursus Manikayu Peringkat 1 PKK dan PM kelolaan PPM Selangor. PPM PU sebagai tuan rumah, dan SK Sri Damai sebagai host.
Cari-cari gambar, eh ada sekeping saja, itu pun belum semua yang hadir. Jadilah ya.

Terkejutlah kami ni sebab dapat call dari GB kena p PPD esok jam 10. Tanpa diberitahu kenapa. KRZ dah siap ucap tahniah dah. Dan sahabat kami Cg Shaiful (yang tengan makan dalam gambar) pun pada masa yang sama GB beliau call. Pun dapat tahniah juga. Huhuhu. Tak tahu nak happy ke nak seram ke. Tapi lebih macam blur2 tak percaya tak boleh digest lagi apa yang berlaku.

Habiskan lawatan tapak petang tu, KRZ ada la ucap tahniah lagi berkali2 dalam kereta otw home. Aku??? Still terblur2 lagi, masih loading. Bukan tak percaya... tapi, susahlah nak cakap macam mana.

Next day, bersiaplah daku berbaju batik. Kebetulan KRZ pun g PPD juga sebab ada mesyuarat HEM. Tapi daku kena g sekolah dulu. Dalam jam 9.30 gerak dari sekolah. Sampai sebelum jam 10. Naik ke Bilik Musyawarah tingkat 1.

Kelihatan En. Razil, Pn. Theresa & Pn. Faizah pun terlibat. Tahniah uolls.

Muka ada sinyummm, hati dalam siapa yang tahu....


Jumpalah geng2, yang sama debar tatau apa2. Terkejut sebab agak ramai juga bilangannya. Lama tunggu dalam bilik kecik tu, sebab makin ramai yang sampai. Dalam jam 10.45 baru depa mai habaq p bilik di bawah pula. Wacana Minda ke hapa nama bilik tu. Lupa dah.

Tunggu lagi. Sampai jam 11.30. Alahai. Awat tak habaq nak mula lambat. Tahan kencing berak tau ingatkan dah nak mula sangat. Hampa.



Maka bermulalah ucapan2, yang tak selari dengan perbuatan dan sebagainya. Malas nak ingat. Sebab kesian kat kawan2 yang kena, yang tak kena pun terasa juga tau. Tapi, abaikan je la. Buat apa sakitkan hati sendiri. 

Awal2 tu aku ingat semua sekolah  mana dari dan ke mana, siap live update kat KRZ lagi. Bila sam[ai giliran aku, libang libu oooi. Terus tak ingat orang semua.

 
Inilah suratnya.

Surat dapat 5 hb, tapi tarikh 3 Oktober 2022. Maksudnya bermula Isnin lepas aku dah bukan warga SK Sri Damai dah la. Huhuhu.

Kami diarahkan terus ke sekolah baharu untuk melapor diri. Formaliti. Kemudian diarahkan buat surat penangguhan.

Daku tak terus balik, sebab kebetulan nak tunggu Fatin (PT PPD yg jaga SK Sri Damai). Dan nak tunggu KRZ.
Sempatlah sembang2 borak2 dengan sahabat lama SKBSD1, kak Su.

Tahniah kak dapat SKDU!

Lepas KRZ sampai, boraks eminit dua, barulah kuterus gerak ke SKDJ2, nak melapor diri. Lupa GB semua ada di Kedah. rTapi tetap kena lapor diri khennn. Jumpa Puan K.



Ironi tak? Puan K dari SKPJ sekolah KRZ baru. Hihi.

Balik lapor diri terus kembali  ke sekolah semula, menanti sahabat kami pula nak datang lapor diri. Kena tunggu sekejap sebab En. Nazam tengah mesyuarat panitia.



Okay tamat episod 1. Ada lagi selepas ini, kemudian baru nak mula dengan catatan harian. Semoga daku tidak lupa. Fuhhhh.





Comments

Popular Posts