31 Oktober 2022

 Assalamualaikum.

Pagi yang pening, akibat hujan, kereta banyak. pemanduan KRZ pun sangat meloyakan aku. Pening, nak muntah nak terkeluar isi perut pun hada.

1. Perhimpunan 

- pagi ini macam biasa, sepatutnya pk hem berucap, tapi nak berdiri pun goyang, terpaksa la tolak. huhuhu. harap2 minggu depan dapat berucap pula

Antara gist perhimpunan hari ini
- jaga keselamatan

-sekolahku sejahtera - jati diri

-perjumpaan kokurikulum terakhir 2022 (unit beruniform-pertandingan membuat sandwich dan koktel)

2. Masuk kelas

PK tahun 3, pilihan snek sihat, ramai yang tidak bawa buku

3.  APDM
Jam 9, mula semak kehadiran, hanya tahun 3 sudah kemaskini, tetapi, main laju letak semua sakit covid. aiyoyo. bahaya tu cikgu.

saya faham cikgu letak sementara sahaja, tapi kena masa sementara tu ppd check sistem, tak ke naya kita ramai kes covid. Langkah selamatm kena nasihatkan cikgu2 ni letak cuti sakit dahulu sehingga ada makluman darai ibubapa penjaga pula kemudian.

4. 9.30 pagi

Thanis, murid tahun 3 datang mengambil penyapu dan penyodok. PK Hem tolong labelkan terus.

5. APDM lagi


Internet perlahan hari ni, tak siap2 lagi. 9.56, APDM mengalami kesesakan. So tahun 6 tak sempat nak keyin.

6. Perjumpaan dengan GB

Gb Ilham minta anggaran belanja mengurus dari mula2 masuk lagi, tapi aku ni harap mantan PK Hem, sampai last date pun masih talk dapat lagi

So gb bagi idea sikit, dgn bantuan buku pengurusan. Dan banyak juga harapan pada cikgu Syed. Moga Allah bantu aku. InsyaAllah.

7. Cetak Buku Pengurusan HEM & Takwim

Untuk rujukan

8. Surat Rujukan Hospital

Seorang murid tahun 6 minta surat untuk rawatan hospital. Adoi, label tempat lain, p boh tempat lain. jenuh pk hem cari. 

PK siapkan surat dia dan akan sediakan satu buku untuk rekod surat rawatn hospital kelak.

9. Murid datang
a) Tergigit gusi sampai berdarah : PK Hem lipat tisu tebal2 dan suruh dia gigit. settle

b) Minta plastik sampah. Aiyayayayaya. Sabar jelah PK Hem hanggg. Hihihihi.

10. Bual mesra HEM.

Lepas makan tengahari super lazat dari Subang Bestari, kami ada taklimat ringkas HEM. Lebih kepada pembentangan setiap unit hem. Bantulah PK Hem hangpa ni ya.

Alhamdulillah, keyakinan diri PK Hem bertambah dengan laporan2 yang depa keluarkan.

Ya udah, jom pulang.

Sampai jumpa.

Comments

Popular Posts