28 Oktober 2022

Assalamualaikum.

Hai semua, alhamdulillah, semangat nak berblogging semula, sempena dah jadi PK Hem.

Hari ini PK Hem tiba lewat 10 minit dari tarikh pdp bermula. Bukan sengaja, ada kemalangan melibatkan sebuah motorsikal selepas tol LDP. Dan ada sebuah lori yang mengalami kerosakan jua. Jadi, kesesakannya berganda.

Terlepaslah program senamrobik pagi ini. Huhuhu.

Surat masuk.

Sampai saja ke pejabat, terus dapat 3 pucuk surat.

1) Pelaksanaan Program Saringan Minda sihat - melibatkan murid tahun 5 & 6 sahaja, kuiz online secara 1 jam (Cikgu Syed)

2) Pelupusan Buku Teks Agama - di SKLS pada 21 November 2022 (Cg Fatimah)

3) PK Hem kena g bertugas di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor dari 1 hingga 3 November 2022.

Fuhhhh. Debo ai dgn portfolio baru ni. Tapi I've got this!

Makluman

1. Terus panggil cikgu Syed, tunjuk surat dan berbincang sedikit cara pelaksanaannya. Cg Syed akan mendapatkan kepastian dahulu.

Keputusan: Saringan hanya untuk murid tahun 5 & 6, dibuat secara atas talian selama 1 jam. Tempoh sehingga 18 Nivember 2022. PK Hem perlu buat surat makluman kepada ibubapa dan rangka ayat untuk dimasukkan ke dalam whatsapp kelas.

2. Whatsapp Cg Tim: Makluman (jika ada)

Kedatangan

Bagusnya guru2 masa pertama semua akan memaklumkan kehadiran/ketidakkhadiran. Saja2 semak jam 9.15 tadi. Tahniah buat cikgu 3 Efisien, Cikgu Azam kerana menjadi yang pertama mengisi APDM hari ini.

Jom tengok peratus kehadiran hari ini. Sikit sangat, murid2 masih sambung cuti ya. 


Lupa bawa duit belanja (mak lupa beri)

Sebelum rehat ada 3 orang murid datang jumpa PK Hem katanya mak bagi duit belanja. Kita ni tanyalah dia biasa mak bagi berapa, RM5 seorang. Mereka 3 beradik.

Kufikirkan ada tabung HEM ke kan, untuk2 kes begini, rupanya tiada. GB suruh hulur dahulu, dan macam biasa, aku terpaksa pesan suruh ganti semula hari Isnin nanti.

Mereka bertiga beredar setelah kuhulur RM10. RM2 seorang dah mencukupi kata si abang.

GB datang maklumkan mereka anak yatim, kematian ayah ketika kemalangan. Ibu mereka menjadi mangsa scam, dengan telah menjual segala harta2 yang ada kononnya nak ikut kekasih memulakan hidup baru/ sambung pengajian di Perancis. Gb juga berjanji jika mereka tidak bayar Isnin, gb akan gantikan duitku. Aku ok sahaja. Hari Jumaat kot. Tau pulak anak yatim.

Lepas rehat, si abg mari pulangkan baki sebanyak RM3.50. Aduhai anak yang baik, semoga selamat hidup kamu dunia akhirat ya. Isnin akan ganti katanya.

Kelas PM (10-11 pagi)

seorang sahaja yang hadir hari ini, daripada 4 orang. Si Elijah. Budak  yang nak cakap pun macam susah nak bernafas. Dia memakai mask. Ku pesan berkali2 mesti breathe in and out slowly before ypu talk. Risau tengok keadaan dia.

Dia mewarna watak untuk projek bercerita hari ini.

dalam pada masa tu ekon buat hal. Macam panas je bila pasang ekon. Sakit hati punya pasal, terus ku tutup n switch on kipas je senang.

Ralat APDM

Aiyayayayaya! Group HEM PPD, guna Telegram. So kena beringat selalu. Tadi tengok2 ada ralat apdm.


Gelabah biawak gak la nak cari cikgu kelas tadi. Padahal senang je. Semua benda pun nak panik.

Cikgu Azam cuti sakit rupanya. Mujur dia  jenis cepat respon dan cepat bertindak. (kan dah dapat no 1 isi apdm pagi tadi, hihi)

Terus ku hubungi dan maklumkan ralatnya di mana, dan selesai. Alhamdulillah.

Terima kasih cikgu, permudahkan urusan PK Hem hangpa.

GB ada bagi cadangan tadi, minta un dan pw gk, supaya apa2 hal, pk hem leh settle sendiri. Cadangan yang baik, minggu depan akan kunyatakan dalam mesyuarat.

Tender Kedai Buku

Seawal pagi dah mula whatsapp puan ppd yang cantik untuk set tarikh dan masa.

Sebelum tu ada buat serahan borang buka peti tender pada pkp, Puan K.

Puan K maklum ada kena buat minit. Gelabah lagik. Wakakaka. Ye lah, tengok PK HEM SKSD abg Zuk ai tu rileks bebeno. Sampai kat kita nahhh hai tak berenti job. Alhamdulillah.

Lepas Puan PPD yang cantik dah bagi tarikh dan masa, taip surat jemputan terus, pdfkan bg gb semak.

Sambil dok tenang2 buka fail mantan pk hem, jumpa la minit mesyuarat semua. Alhamdulillah. Tenang sikit jiwa ai. Hahaha.

Pemulangan Wang

Semalam seorang murid tahun 2 kehilangan wang, ku pinjamkan RM2. Macam biasa, pesan suruh ganti balik. Hari ni dia mai ganti sebelum balik. Alhamdulillah.

Jangan salah faham, memang kita mampu sahaja untuk beri pada mereka, tapi kita kena didik juga amalan tidak meminta2 atau mengharap pemberian. Bukan masa sekolah ini sahaja kehidupan mereka, panjang lagi. Dari kecil ni, kena asuh, duit orang, duit orang, bila pinjam, kena pulang.

Jadinya, aku pun cadang nak buat tabung duit belanja tak bawa/hilang. Letak dalam laci ja, jika aku tak ada, org lain boleh ambilkan. Nanti nak cari sponsor la. Sesiapa takde duit, boleh bagi. Kalau depa ganti alhamdulillah rolling semula. Jika tak bagi dapatlah jadi sedeqah.


Surat keluar

Hari ni buat dua surat.

1. Jemputan kepada puan ppd yang cantik.

2. Draft untuk makluman pelaksanaan saringan minda sihat. mencabar juga nak cari ni rujukan. Mujur gb awal2 dah suruh download klasifikasi fail sekolah. Easy peasy. 

Thats all for today. Lega berjaya siapkan catatan hari ini. Nak kemas2 nak balik dah.

Sampai jumpa lagi  ya.

Isnin pulak. 

Wassalam.




Comments

Popular Posts